Rupa-rupanya Raysha Rizrose dah bertunang dengan pelumba kereta F3 sejak Disember tahun lalu, tarikh nikah dah tak lama sahaja lagi katanya

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Raysha Rizrose, 27, mengakui sudah bertunang dengan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, 30, pada 22 Disember tahun lalu.

Ujar Raysha atau Farza Nurrquraisha,27, majlis pertunangannya diadakan secara tertutup di Petaling Jaya yang hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya dan Nabil bertunang pada 22 Disember tahun lepas. Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan dengan lancar dan Insya-Allah, hanya satu langkah sahaja lagi untuk kami bergelar suami dan isteri.

“Baharu hari ini saya kongsikan gambar-gambar majlis pertunangan di media sosial walaupun orang kata kalau bertunang ni lebih baik jangan hebohkan.

“Tapi saya rasa nak beritahu pada semua yang saya kini dah bergelar tunangan orang. Sebab itulah saya muat naik momen majlis tersebut di Instagram,” katanya kepada URTV.

Ditanya mengenai tarikh pernikahan, bagaimanapun Raysha memilih untuk tidak berkongsi perkara berkenaan buat sementara waktu.

Jelasnya, dia akan mengumumkan khabar gembira itu apabila semua urusan persiapan menuju gerbang perkahwinan selesai.

“Saya tak bersedia lagi nak kongsi tarikh nikah tapi apa pun saya janji dah tak lama sahaja lagi.

“Ketika ini pun saya sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan kami.

“Saya dan Nabil dah berkawan 11 tahun iaitu sejak di zaman sekolah lagi. Jujurnya saya lega bila kami dah berada dalam fasa bertunang.

“Saya harap semua urusan kami untuk menuju hari bahagia akan dipermudahkan. Doa-doakan kami,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This