LEBIH setahun mendirikan rumah tangga, aktres Raysha Rizrose mengumumkan berita gembira apabila dia kini hamil anak sulung.
Raysha atau Farza Naquraisha Mohd Fariz,28, berkongsi perkara tersebut menerusi video di Instagram miliknya, hari ini.
“Kami, 11 tahun kemudian,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi klip video tersebut, Raysha yang juga adik kepada pelakon Nelydia dan Uqasha Senrose itu bersama suaminya berjalan di pesisiran pantai.
Malah, ‘baby bump’ Raysha juga turut jelas kelihatan.
Bagaimanapun isteri kepada pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 30, itu tidak memperincikan butiran lanjut mengenai usia kehamilan itu.
Difahamkan, 11 tahun yang tertera di kapsyen Raysha itu membawa maksud usia percintaan mereka sehingga ke gerbang perkahwinan.
Untuk rekod, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari tahun lalu.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

