[VIDEO] Suami kena ‘prank’ buat reviu produk, rupanya tak sangka Emma Maembong nak buat kejutan umum hamil anak kedua!

Dari Penulis

PELAKON Emma Maembong berkongsi khabar gembira apabila mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi hantaran video di Instagram miliknya, Emma cuba membuat kejutan untuk suaminya, Muhammad Shazli Azhar dengan meletakkan alat ujian kehamilan dalam kotak hadiah.

Pada mulanya, Emma mempelawa suaminya untuk sama-sama membuat rakaman video sebuah produk.

Walau bagaimanapun, reaksi Shazli tiba-tiba berubah dan mengalirkan air mata selepas melihat ujian kit kehamilan dalam kotak yang berisi produk reviu.

“Betul ke? Sumpah?,” tanya Shazli kepada Emma mengenai keputusan ujian kit kehamilan yang bertanda garisan memberi maksud isterinya itu mengandung anak kedua.

Dalam pada itu, Emma turut meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah buat keluarganya.

“Syukur Alhamdullilah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah, menerusi video sama, Emma turut berkongsi reaksi keluarga, adik-beradik dan rakan-rakan artis yang terkejut serta teruja mendengar berita baik itu.

Sebelum ini, spekulasi mula hangat diperkatakan apabila Emma didakwa sedang berbadan dua.

Namun, sewaktu ditanya pihak media, Emma bagaimanapun enggan berkongsi berita tersebut kerana belum dapat memastikan kesahihannya.

Untuk info, Emma berkahwin dengan Shazli yang merupakan seorang juruterbang pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Shariq Gabriel.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This