10 tahun bercinta, Raysha Rizrose dah rancang nak kahwin

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Raysha Rizrose mengakui pernah berdepan fasa putus cinta dengan kekasihnya yang merupakan seorang pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri.

Namun, kata Raysha perpisahan itu bertahan hanya empat bulan apabila teman lelakinya itu berjaya memujuk dan mengambil hatinya.

“Kami kenal dan bercinta sejak dari sekolah lagi dan sekarang hubungan kami sudah 10 tahun. Tak dinafikan, saya sendiri tak sangka begitu cepat masa berlalu.

“Sepanjang perhubungan itu memang banyak cabarannya. Lebih-lebih lagi dulu dia sering berada di luar negara dan kami menjalinkan hubungan jarak jauh.

“Kami pernah putus cinta tetapi akhirnya kembali bersama sebab kami memang sudah serasi bersama. Itu yang buatkan ikatan cinta kami kuat.

“Bergaduh dan merajuk itu perkara biasa. Kalau ada masalah, kami akan cepat-cepat selesaikan dengan baik. Kami tak mahu panjangkan isu remeh,” katanya kepada URTV.

Raysha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton RR Bridal RTW 22 oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Dalam acara itu, Raysha turut diperkenalkan sebagai ‘muse’ bagi rekaan mewah berkenaan namun pada harga mampu milik.

Sementara itu, Raysha atau Farza Naquraisha Mohd Fariz,26, akui kini sudah memikirkan untuk melangkah ke alam perkahwinan memandangkan semua impiannya dalam kerjaya sudah tercapai.

“Tempoh 10 tahun rasanya dah cukup untuk kami saling mengenali antara satu sama lain dan sejujurnya saya memang ada perancangan ke arah perkahwinan.

“Tapi, dia (Nabil) sudah bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan. Cuma sekarang ini, bergantung kepada saya sebab saya enggan terlalu gopoh buat keputusan.

“Cuma, apa yang boleh saya katakan, perkahwinan kami bukan pada tahun ini. Mungkin tahun depan atau tahun berikutnya,” jelasnya yang mengimpikan sebuah perkahwinan yang ringkas namun penuh makna.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This