Sunway lancar aplikasi “Super App” pertama di Malaysia, tawar lebih 1500 akses rakan niaga

Dari Penulis

Sunway melancarkan aplikasi gaya hidup serba lengkap dan baharu iaitu Sunway Super App di edisi kedua Sunway Theme Parks Mega Roadshow dimana ia memaparkan pelbagai promosi dan pakej-pakej menarik dengan kerjasama rakan kongsi Sunway dan jenama tempatan.

Aplikasi tersebut juga memberikan akses kepada lebih dari 1,500 rakan niaga Sunway dan peniaga runcit seperti Foodpanda, Grabmaid, The Lorry dan banyak lagi.

Direka khas dengan ciri-ciri tumpuan pengguna yang memberi pengalaman yang lancar disetiap titik sentuhan, aplikasi ini juga merupakan dompet digital bagi kemudahan transaksi tanpa tunai dan pembayaran secara pantas untuk tempat letak kereta pintar di seluruh pusat beli-belah dan premis Sunway.

Di samping tawaran eksklusif aplikasi serta program menarik dan ganjaran tanpa had, pengguna akan menikmati manfaat program kesetiaan Sunway iaitu Sunway Pals untuk menebus mata ganjaran dalam aplikasi atau dengan peniaga yang mengambil bahagian.

“Sunway Super App ialah Super App gaya hidup pertama seumpamanya di Malaysia. Ia menghubungkan pengguna kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ekosistem Sunway yang meluas – bahagian perniagaan Sunway kami serta lebih daripada 1,500 peruncit dan rakan kongsi perniagaan kami yang sedia ada.

“Ini merupakan peristiwa penting bagi Sunway dalam meneruskan perjalanan transformasi digital kami. Ia sentiasa menjadi salah satu matlamat kami untuk menyediakan platform yang menawarkan pengguna kepada akses mudah dan lancar dengan faedah ekosistem kami yang meluas,” kata Kevin Khoo, Ketua Pegawai Informasi Kumpulan Sunway.

Di Sunway Theme Parks Mega Roadshow, pengguna Sunway Super App dapat mengakses tawaran eksklusif daripada Sunway Theme Parks, Sunway eMall, Sunway Multicare Pharmacy dan banyak lagi yang hanya tersedia pada acara tersebut.

Pakej menarik bagi Night Park juga menanti anda, di mana anda bakal menyaksikan penampilan budaya barat dengan slogan “The Good, The Bad and The Wild”.

“Dengan kerjasama lebih daripada 50 jenama bagi memperkasakan perdagangan sosial melalui Super App milik Malaysia. Taman Tema Sunway sejak beberapa dekad yang lalu telah menawarkan hiburan bertaraf dunia dan menjadi mercu tanda utama untuk destinasi pelancongan di rantau ini.

“Sunway Theme Parks Mega Roadshow bertujuan untuk melibatkan pasaran pelancongan tempatan bersama-sama dengan rakan kongsi ejen pelancongan kami bagi mencari pasaran pakej percutian yang berpatutan dan destinasi berkualiti tinggi. Taman tema kami akan terus menjadi hab pelancongan di punca tertinggi di dalam bandar bersepadu Sunway.” kata Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway.

Sunway Super App merupakan aplikasi yang pertama di Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan penguna dari keseluruhan 13 badan perniagaan Sunway termasuk Sunway Theme Parks, Sunway Malls, Sunway Property, Sunway Hotels & Resort dan Sunway Healthcare. Pameran ini akan diadakan di beberapa lokasi pada tarikh berbeza di seluruh Malaysia bermula dari 9 Februari sehingga 5 Mac 2023.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This