Kembara Ziarah tawar pakej umrah transit Medan, tandatangan MoU dengan Lion Air

Dari Penulis

Kembara Ziarah Travel & Tours Sdn Bhd menerusi inisiatif kerjasama Lion Air dan PT Permata Sahara Wisata menawarkan pakej jemaah umrah dengan transit di Medan sebelum berlepas ke Madinah.

Permintaan yang tinggi dan harga yang tiket yang melambung naik membuatkan agensi pelancongan ini mencari alternatif bagi memudahcara masyarakat Islam bagi menunaikan ibadah umrah.

Ketua Pegawai Pemasaran Kembara Ziarah, Shaik Jamaludin menyatakan hasil perbincangan bersama pihak Lion Air membuka jalan baharu bagi menawarkan pakej berbaloi dan terbaik bagi memudahkan urusan ibadah dilakukan.

“Permintaan untuk ibadah umrah cukup tinggi pada musim cuti sekolah menyebabkan harga tiket juga melambung tinggi dan atas sebab itu kami terpaksa mencari alternatif lain.

“Dan hasil perbincangan bersama pihak Lion Air, kami mendapat satu keputusan terbaik di mana Jemaah umrah akan diterbangkan dari Pulau Pinang, transit di Medan sebelum berlepas ke Madinah.

“Penerbangan dua kali seminggu dengan muatan 700 jemaah, yang menariknya menerusi Lion Air, bagasi tidak perlu bawa keluar, tak perlu ‘check in’ di Medan terus ke Madinah.

“Tempoh transit di Medan tidak lebih dua jam, jemaah solat dan makan sebelum teruskan perjalanan,” katanya pada sidang media.

Majlis menandatangani perjanjian antara Kembara Ziarah Travel & Tours bersama Lion Group Indonesia diwakili oleh Dr Ricky Alfanda, Kembara Ziarah Travel & Tours diwakili oleh Pengarah Urusannya, Jafni Hashim dan PT Permata Sahara Wisata diwakili Pengarahnya, M Iqbal Nyak Umat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This