MALAYSIA dan Indonesia akan memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan menerusi perdagangan agromakanan serta kerjasama teknikal pertanian bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.
Perkara itu dibincangkan ketika Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Indonesia di Malaysia, Hermono di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam satu kenyataan menyatakan kedua-dua negara turut bersedia untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian termasuk kerjasama di bawah platform serantau ASEAN.
Dalam hubungan ini, Indonesia merupakan Pengerusi ASEAN bagi tahun 202,3 manakala Malaysia merupakan tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF) ke-45 pada tahun ini.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Indonesia bersetuju memberikan fokus terhadap sekuriti makanan di rantau ini, kata MAFS dalam kenyataan di Facebook Mohamad hari ini.
BERITA BERKAITAN Mohamad Sabu terima anugerah Datuk Seri
Dalam pertemuan itu, Indonesia mempelawa Muhammad ke Indonesia bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan pembangunan industri padi yang telah mencapai 100 peratus Tahap Sara Diri (SSL) untuk menampung keperluan dan penggunaan beras domestik negara tersebut.
Di samping itu, Indonesia juga bersedia untuk mengeksport jagung bijian dan produk ternakan seperti daging, susu dan telur ayam bagi memenuhi keperluan Malaysia.
Pertemuan ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFS dan pegawai-pegawai kanan kementerian serta wakil Kedutaan Republik Indonesia di Malaysia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

