Tiada dalam Dewan Rakyat? Menteri, timbalan masih di Parlimen urusan kementerian, kata Saifuddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEBANYAKAN menteri atau timbalan menteri masih berada di Parlimen walaupun tidak berada dalam Dewan Rakyat.

Itu kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ‘menjawab’ suara-suara mengatakan barisan Jemaah Menteri tidak berada dalam Dewan Rakyat sewaktu sesi Parlimen sedang berlangsung.

Dalam hantaran di Facebook, Saifuddin Nasution memaklumkan, kebanyakan menteri atau timbalan menteri masih berada di Parlimen untuk urusan kementerian.

Beliau turut berkongsi gambar perbincangan bersama Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar di pejabatnya di Parlimen.

“Perbincangan bersama rakan sejawat saya di Kementerian Sumber Manusia, YB Sivakumar berhubung Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.

Baca artikel berkaitan: SOP kemasukan pelancong asing kekal setakat ini – Saifuddin

“Begini suasana kami di Parlimen, sekiranya tiada soalan yang perlu dijawab, kami akan lanjutkan dengan urusan mesyuarat, perbincangan atau pun pertemuan yang melibatkan hal-hal kementerian.

“Sebab itu ada waktu-waktu tertentu, menteri atau timbalan tiada di dalam Dewan Rakyat tapi kebanyakan kami masih di Parlimen untuk urusan kementerian,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sebelum ini, tular gambar memaparkan kerusi ahli Parlimen terutama anggota Jemaah Menteri kosong semasa perbahasan Titah Diraja sedang berlangsung.

Ruang yang menempatkan kerusi menteri dan timbalan menteri dilihat hanya diisi oleh beberapa menteri dan timbalan menteri sahaja.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Piala Dunia 2026: 554 individu ditahan, nilai pertaruhan lebih RM3 juta direkodkan

SERAMAI 554 orang termasuk 213 warga asing ditahan dalam 422 serbuan Op Soga XI selepas disyaki terlibat aktiviti pertaruhan...

More Articles Like This