Tiada insiden pukul tahanan SOSMA di Penjara Sungai Buloh – Saifuddin

Dari Penulis

TIADA insiden pukul membabitkan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Penjara Sungai Buloh, Selangor, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pihak Jabatan Penjara yang telah melaksanakan pemeriksaan dan siasatan dalaman susulan dakwaan berlakunya insiden membabitkan tahanan SOSMA.

“Saya terima laporan penuh itu dan insiden memukul itu tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Inovasi Pendaftaran Negara 2024 hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Badrul Hisham Alias.

Hari ini, sebuah portal berita melaporkan isteri kepada seorang tahanan SOSMA membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, Selangor mendakwa suaminya dipukul.

Baca artikel lain: Ramanan serah bantuan RM1.4 juta kepada 8 koperasi komuniti India

Mengenai laporan polis dibuat wanita berkenaan, Saifuddin Nasution berkata pihaknya menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia bagi melakukan siasatan terperinci.

Mengenai tindakan mogok oleh ahli keluarga tahanan SOSMA di luar penjara itu, Saifuddin Nasution berkata kertas siasatan mengenai perhimpunan itu telah dikategori sebagai tiada tindakan lanjut (No Further Action).

Katanya laporan penuh mengenai insiden itu juga telah dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 9 Feb, media melaporkan polis telah membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan dan mogok lapar yang diadakan beberapa individu dipercayai ahli keluarga tahanan di bawah SOSMA di hadapan Penjara Sungai Buloh.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This