Himpunan Kecam Israel: Berhimpun bukan alasan cetus kekecohan – Saifuddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA pihak boleh menggunakan alasan berhimpun untuk mencetuskan kekecohan atau menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.

Demikian kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulas mengenai kekecohan yang berlaku ketika Himpunan Kecam Israel di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), semalam.

Dalam hantaran di Facebook, Saifuddin Nasution berkata, hak untuk berhimpun secara aman mesti dilaksanakan dengan tertib, berhemah dan mematuhi undang-undang tanpa menjejaskan keselamatan awam atau menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi.

Sehubungan itu, beliau mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba menghalang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas semasa himpunan tersebut.

Menurut Saifuddin Nasution, anggota PDRM berada di lapangan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam, namun ada pihak yang bertindak melampaui batas sehingga mencederakan anggota polis.

“Saya yakin PDRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka berlandaskan undang-undang demi memastikan keselamatan rakyat serta ketenteraman awam dalam negeri sentiasa terpelihara.

“Pada masa sama, saya menyeru oran ramai agar menghormati undang-undang, mematuhi peraturan dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: GSF: Menteri Luar Israel beri amaran akan ambil tindakan terhadap Marinette

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution turut bersolidariti bersama rakyat Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel yang memintas dan menahan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Beliau menegaskan, tindakan itu adalah satu pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan sejagat.

Katanya, kapal-kapal yang membawa sukarelawan dan bantuan asas untuk rakyat Palestin seharusnya dilindungi, bukannya dihalang dengan kekerasan.

“Solidariti saya juga bersama dengan desakan dan sokongan rakyat Malaysia yang menuntut pembebasan segera aktivis dan sukarelawan yang menyertai misi ini.

“Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh sebahagian rakyat Malaysia adalah hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan ia membawa suara solidariti kita terhadap isu kemanusiaan di Palestin,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama dengan suara rakyat Malaysia menggesa agar semua aktivis dan sukarelawan khususnya rakyat Malaysia yang terlibat dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.

“Mereka adalah orang awam yang tidak bersenjata dan membawa misi kemanusiaan semata-mata untuk menyalurkan bantuan amat diperlukan oleh rakyat Gaza.

“Keselamatan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan dan kerajaan Malaysia akan terus menggunakan segala saluran diplomatik serta undang-undang antarabangsa untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas tindakan zalim tersebut,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This