MENU Rahmah yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat ketika ini tanpa disangka-sangka menjadi topik ‘panas’ sehingga mencetuskan situasi gamat di Dewan Rakyat, hari ini.
Ini selepas Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) yang mendakwa, Menu Rahmah membawa risiko kesihatan.
Sebelum itu, Sany mohon mencelah ketika Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) membahaskan usul Titah Diraja dan berhujah tentang inisiatif Menu Rahmah kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Menu Rahmah ini yang digagaskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup oleh Kerajaan Perpaduan, kerajaan Madani ialah satu usaha untuk kita bantu rakyat.
“Kita doalah sama-sama program Menu Rahmah berpanjangan, dia boleh membantu masyarakat dan warga dalam negara kita ini. Tapi jangan jadi macam Kapar.
“Dia (Kapar) cemburu, jangan jadi macam Kapar, persoalannya sekarang Kapar buat cerita tak betul, mana dia dapat Menu Rahmah ini menyebabkan orang kena kanser dan kena Autisme,” kata Sany.
Baca artikel lain: Sindiket edar dadah heroin base RM4.05 juta tumpas – Polis Selangor
Dakwaan itu bagaimanapun dipertahankan oleh Dr Halimah yang mencabar Sany untuk menyemak semula kenyataan beliau sebelum ini.
“Saya kena betulkan, apa yang dia sebutkan itu tidak betul, cuba tengok handset saya tidak ada mengatakan Menu Rahmah ini menyebabkan kanser,” tegas Halimah.
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang kemudian turut mempertahankan Dr Halimah dengan mendakwa Sany tidak faham dan perlu kembali ke sekolah.
“Hulu Langat tak faham, masuk sekolah dululah Hulu Langat… tak faham,” kata Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar).
Situasi kemudian berjaya dileraikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul sebelum meminta Azman meneruskan penggulungan.
Sebelum ini, Dr Halimah menyatakan bahawa penyediaan makanan yang berharga rendah tidak sepatutnya sehingga menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan yang bermutu rendah.
Katanya, beliau berasa bimbang dengan isu keterjaminan makanan yang terdesak sekarang dan didakwanya membingungkan kerajaan.
“Kita tak mahu jalan pintas, kita tak mahu kompromi daripada bekalan makanan yang berkualiti rendah.
“Saya tidak ada masalah dengan istilah Rahmah atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang kualiti rendah dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, penyakit autisme dan sebagainya,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

