‘Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik sarjan saja jadi PAT’ – Sultan Ibrahim

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyatakan rasa kecewa dengan masalah rasuah yang membelenggu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga melibatkan pimpinan tertinggi.

Seri Paduka Baginda bertitah apa berlaku di ATM hanyalah sekelumit permasalah dan percaya ia juga berlaku di beberapa jabatan lain yang mana pelakunya mesti diburu untuk tindakan.

“Saya pernah sebut dahulu yang saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu perasuah dan nampaknya saya telah berjaya.

“Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam angkatan Tentera Malaysia sampai peringkat tertinggi, agaknya selepas ini saya terpaksa lantik sarjan saja jadi PAT (Panglima Angkatan Tentera).

“Ini hanya sekelumit daripada segunung, saya yakin ada ramai lagi di luar sana sama ada di Jabatan Kastam, imigresen, polis dan sebagainya serta termasuk juga yang berada di dalam dewan yang akan terus diburu sampai jumpa,” titahnya.

Baca artikel lain: Sidang Parlimen bermula, Titah Diraja jadi tumpuan

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada sesi Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.

Seri Paduka Baginda bertitah amalan rasuah mesti diperangi secara besar-besaran dengan rakyat harus menjadi mata-mata dan melaporkan sebarang bentuk jenayah tersebut.

Titah Seri Paduka Baginda lagi, bukan sahaja penerima yang patut disiasat tetapi mereka yang memberi atau agen yang bersubahat juga mesti dikenakan tindakan.

“Pihak SPRM mesti jalankan siasatan dengan cepat, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

“Kerajaan juga perlu menyediakan hakim yang berpengalaman dan laluan khas di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah dapat diselesai dengan segera,” titah Sultan Ibrahim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This