TULAR sejak semalam sebuah motosikal bergerak sendiri sebelum merempuh beberapa buah motosikal lain yang diparkir depan GiatMARA Titiwangsa.
Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup itu mendapat pelbagai reaksi netizen selepas gagal mengesan penunggang motosikal berkenaan.
Polis hari ini mengesahkan penunggang motosikal terbabit sebelum itu bergesel dengan sebuah lori dan terjatuh di atas jalan.
Kejadian berlaku Jalan Pahang, Titiwangsa, pukul 4.45 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa dalam perjalanan dari Jalan Genting Klang ke bulatan Pahang.

Baca : Pelajar maut selepas tercampak keluar dari Volkswagen Polo
Siasatan awal mendapati pemandu lori yang bergerak di lorong tengah telah bertindak mengubah haluan ke lorong kanan.
“Pemandu lori kemudian bergesel dengan penunggang motosikal dan menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan,” katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

