312 motosikal kena ‘pukat’ di Dataran Shah Alam

Dari Penulis

SEBANYAK 312 buah motosikal bersama 342 individu telah diperiksa dalam satu Operasi Sepadu Khas Nombor Pendaftaran yang diadakan di Dataran Shah Alam pada malam hujung minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah mengeluarkan 285 keping saman atas pelbagai kesalahan melibatkan lesen memandu dan 94 kesalahan nombor pendaftaran.

“Malah, sebanyak 81 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana tidak memiliki lesen memandu B2 dan kesalahan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Polis KL keluarkan 849 saman sejak Jumaat

Katanya, operasi terbabit melibatkan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Daerah Shah Alam serta pegawai Balai Polis Seksyen 9.

Operasi melibatkan anggota polis dari IPD Shah Alam dan Balai Polis Seksyen 9. GAMBAR: Polis.

Jelasnya, operasi ini dilaksanakan serentak seluruh negara susulan rungutan yang diterima daripada masyarakat.

Iqbal berkata, pihaknya akan terus komited dalam menjalankan penguatkuasaan bagi memberikan peringatan dan kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

HAWANA 2026: ‘Jangan sampai buang pekerja’, Fahmi tegaskan bantu syarikat media

HARI Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bersiaran langsung di lapangan Butterworth, Pulau Pinang, minggu lalu dihadiri pengamal media pelbagai cabang...

More Articles Like This