SEBANYAK 849 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur sepanjang Op Samseng Jalanan dan Op Motosikal yang dijalankan di sekitar ibu kota bermula Jumaat lalu.
Kesemua saman itu dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan dekat Jalan Genting Klang, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Jalan Loke Yew, Jalan Pahang dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) sehingga hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya berjaya membuat tangkapan tujuh orang lelaki kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.
“Mereka yang ditahan berusia 17 hingga 25 tahun kerana melakukan aksi zig-zag, roket, ‘superman’ dan bersaing sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Lelaki dijulang wira selepas selamatkan kanak-kanak tergantung di tingkat lapan
Beliau berkata, kesemua suspek telah di bawa ke Balai Polis Trafik dan di tuduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tambahnya, pihaknya juga memberkas 11 lelaki warga tempatan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
“Kesemua suspek berusia 22 hingga 62 tahun di tuduh di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.
Sarifudin berkata, sebanyak lima buah motosikal juga telah di sita kerana mengubah suai struktur kenderaan di bahagian ekzos dan kes kini di siasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

