Empat sekeluarga nyaris maut dalam kemalangan

Dari Penulis

Empat sekeluarga nyaris maut selepas kereta Perodua Axia dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta di Kilometer 3, Jambatan Pulau Pinang menghala George Town, awal pagi hari ini.

Kesemua mereka terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai Syamzul Razman Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.08 pagi dan jentera terus digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, api sedang marak membakar kereta Perodua Axia itu dan pihak bomba menjalankan pemadaman, berdasarkan siasatan awal kereta itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Mercedes Benz namun kenderaan itu (Mercedes Benz) tidak terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baca : 10 kereta, 5 motosikal polis Kedah musnah terbakar

Beliau berkata empat individu dalam kereta Perodua Axia itu hanya cedera ringan dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 1.39 pagi. 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ketua Operasi BBP Seri Balik Pulau Zaiful Arif Mat Ariffin berkata seorang wanita melecur 60 peratus akibat disambar api susulan tong gas bocor dan meletup dalam kejadian di tingkat enam Flat Taman Sri Bayu, Jalan Kampung Bukit, Bayan Lepas dekat sini hari ini.

Katanya mangsa berumur 55 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada 9.18 pagi dan sebaik tiba di lokasi, mendapati berlaku letupan akibat kebocoran gas di unit rumah berkenaan. Mangsa melecur sehingga 60 peratus pada bahagian muka dan badannya,” katanya.

Beliau berkata api berjaya dipadamkan penduduk di situ sebelum pihak bomba tiba dan difahamkan insiden itu berlaku apabila mangsa yang menyewa bilik di rumah tersebut menyalakan api tanpa menyedari tong gas itu mengalami kebocoran.

— BERNAMA

Thursday , 23 February 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This