Satria Neo terbakar selepas tangki minyak kereta bocor

Dari Penulis

SEORANG pemandu berdepan detik cemas selepas Proton Satria Neo yang dipandu terbakar di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 10.06 malam.

Beliau berkata, kejadian berlaku semasa pemandu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pengkalan Chepa.

“Mangsa kemudian menyedari terdapat kepulan asap dari bonet belakang lalu membrek dan kereta berpusing.

“Setelah kereta berhenti, mangsa dapati terdapat api marak di bonet hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Empat sekeluarga nyaris maut dalam kemalangan

Jelasnya, kebakaran berjaya dipadamkan pihak bomba dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, siasatan awal dapati tiada sebarang unsur khianat dan jenayah dalam kejadian terbabit.

“Punca awal kebakaran disyaki akibat kebocoran pada tangki minyak dan menyebabkan kemusnahan kereta sebanyak 75 peratus,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 berlaku di perairan Batu Pahat

SATU gempa bumi lemah dilapor telah berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada pukul 1.17 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia...

More Articles Like This