Belanjawan 2023 itu adalah selaras dengan prinsip Madani yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. GAMBAR: Abd Razak Aid

BELANJAWAN 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran rakyat terus dipelihara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Belanjawan 2023 itu adalah selaras dengan prinsip Madani yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau turut menyambut baik dan menghargai Belanjawan 2023 yang dibentangkan Anwar, semalam.

Jelas beliau, dengan tema Membangun Malaysia Madani, belanjawan itu menampilkan konsep perpaduan dalam kepelbagaian.

“Kementerian Perpaduan Negara (KPN) komited dalam membantu kerajaan mencapai hasrat Belanjawan 2023.

“Dalam konteks ini, KPN percaya peruntukan yang diluluskan adalah responsif, bertanggungjawab serta signifikan bukan sahaja kepada pemegang taruh tetapi juga komuniti dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pembentangan semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan beberapa inisiatif bagi menjamin keharmonian dan perpaduan dalam negara.

Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2023 martabatkan MA63, mantap infrastruktur Sabah, Sarawak

Inisiatif yang diumumkan menerusi Ikhtiar 11 Belanjawan 2023 itu termasuk peruntukan RM50 juta bagi menggerak pelbagai program perpaduan dan integrasi nasional seperti Kembara Perpaduan Malaysia Madani dan Ini Warisan Kita.

Selain itu, sebanyak RM50 juta turut disediakan bagi penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara.

Sebanyak RM50 juta turut disalurkan sebagai geran padanan bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan khususnya sukan berteraskan perpaduan.

Dana berjumlah RM25 juta juga disediakan bagi menyemarak kegiatan kebudayaan dan kesenian di peringkat komuniti.

Kerajaan juga akan menyalurkan RM20 juta bagi program perpaduan yang berlandaskan penerapan nilai-nilai murni antara kaum.

Keutamaan diberikan kepada program sukan, kebudayaan dan kesenian di peringkat sekolah dan komuniti.

Bagi memupuk perpaduan di samping mengangkat peranan ibu bapa, komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan kanak-kanak di sekolah, kerajaan turut bersetuju menyediakan RM20 juta untuk melaksanakan program gotong-royong di semua sekolah seluruh Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram