Proses pendaftaran calon pemilihan UMNO berakhir hari ini

Dari Penulis

PROSES pendaftaran pencalonan bagi Pemilihan UMNO 2023 berakhir hari ini setelah dibuka sejak 13 Februari lalu

UMNO Online melaporkan, proses pendaftaran calon berlangsung bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Proses berjalan lancar di seluruh negara dengan pencalonan bagi peringkat bahagian dilaksana di bahagian masing-masing sementara untuk peringkat Pusat di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn.

Pendaftaran di peringkat Pusat melibatkan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Dilaporkan, cabutan nombor calon bagi peringkat MKT UMNO, Exco Wanita, Exco Pemuda dan Exco Puteri akan diadakan pada 2 Mac ini.

Baca artikel lain: Demokrasi semakin subur dalam proses pemilihan UMNO – Ahmad Zahid

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad berkata, proses pengundian akan berlaku di peringkat bahagian dan beliau berharap agar urus setia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pengerusi JPU Bahagian masing-masing.

“Saya selaku Pengerusi JPU berharap agar para urus setia di bahagian memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pengerusi-Pengerusi JPU peringkat bahagian kerana pengundian kita akan berlaku di peringkat tersebut.

“Saya harap peringkat bahagian akan beri kerjasama sepenuhnya kepada Pengerusi JPU untuk bersama-sama mengendalikan pemilihan di peringkat bahagian dan pusat bermula daripada proses pendaftaran calon-calon sehingga hari mengundi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This