SERAMAI lapan pemimpin mengesahkan merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada 18 Mac depan.
Dua penyandang kembali untuk mempertahankan jawatan tersebut iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Manakala, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera mengesahkan tidak bertanding dalam pemilihan kali ini.
Sementara itu, enam calon lain adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Baca artikel lain: Proses pendaftaran calon pemilihan UMNO berakhir hari ini
Selain itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Proses pendaftaran pencalonan bagi Pemilihan UMNO 2023 berakhir hari ini setelah dibuka sejak 13 Februari lalu
Esok Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan mengumumkan senarai penuh dan rasmi calon yang bakal bertanding.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

