POLIS kini memburu seorang penghantar makanan selepas video menendang perut pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Sungai Ramal Luar, tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, laporan insiden yang berlaku pada pukul 6.30 petang kelmarin itu diterimanya daripada majikan pengawal keselamatan tersebut.
Katanya, kejadian berlaku selepas suspek tidak berpuas hati dihalang masuk ke rumah yang dituju.
“Suspek mohon masuk ke rumah nombor 3 di Taman Bukit Meringin tetapi dihalang mangsa yang memaklumkan rumah tersebut kosong dan tidak berpenghuni.
“Disebabkan itu suspek naik berang lalu turun daripada motosikalnya sebelum melepaskan tendangan ke perut mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Zaid, kejadian itu dirakam kamera papan pemuka seorang saksi yang kebetulan mahu masuk ke kawasan perumahan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Sarjan Ahmad A’fifi Ahmad Humaidi di talian 019-7142486 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

