PEMILIHAN UMNO bulan depan bakal menyaksikan saingan satu lawan satu bagi jawatan Ketua Wanita UMNO.
Saingan melibatkan penyandang jawatan iaitu Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta bekas ketua sayap berkenaan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong mengemukakan borang pencalonannya di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn dua hari lalu.
Beliau berharap perwakilan Wanita UMNO dapat memberikan peluang sekali lagi kepadanya bagi menerajui Ketua Wanita UMNO.
Terdahulu, Shahrizat mengesahkan pencalonannya bagi bersaing dalam jawatan pernah disandangnya sebelum ini, selepas mendakwa mendapat gesaan dari kalangan pemimpin wanita akar umbi.
Baca artikel lain: KPDN sedia kerjasama dengan SPRM jalankan siasatan isu ketirisan subsidi diesel
Shahrizat pernah menerajui Ketua Wanita UMNO selama sembilan tahun sejak 2009 sebelum berundur daripada jawatan tersebut pada 2018.
Pemilihan sayap UMNO itu akan berlangsung pada 11 Mac ini ketika Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda serta Puteri Bahagian, yang diadakan serentak di seluruh negara.
Pada tarikh berkenaan, turut diadakan Pemilihan EXCO Wanita, Pemuda dan Puteri peringkat Pusat.
Pemilihan UMNO dijadual berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

