Tiada permit sah babit aktiviti lumba kereta di R&R Denai Alam

Dari Penulis

PROJEK Lintasan Kota Holdings (PROLINTAS) mengesahkan tiada permit sah dikeluarkan membenarkan mana-mana pihak melakukan aktiviti lumba haram dan perhimpunan besar di kawasan Rehat dan Rawat Denai Alam, awal pagi semalam.

Malah, pihak Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) juga akan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor bagi membendung aktiviti haram itu.

“Hasil pemantauan mendapati terdapat beberapa kesan tayar kenderaan ditinggalkan di sepanjang laluan.

“Pihak DASH melarang kegiatan lumba haram serta menasihatkan pengguna agar sentiasa mematuhi had laju dan peraturan di atas jalan raya,” tulis PROLINTAS dalam kenyataan semalam.

Baca artikel : Tiga maut dipercayai berlumba di Pasir Gudang, polis siasat ada lesen memandu atau tidak

Sehubungan itu, maklum balas orang ramai amat dialu-alukan dan pihak DASH akan terus komited menyelesaikan isu yang timbul.

Sejak semalam tular klip video memaparkan beberapa kenderaan melakukan aksi ‘drift’ di kawasan Plaza Tol DASH.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PKFZ raih pelaburan RM566 juta, muncul hab logistik pintar – Loke

ZON Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab perdagangan dan logistik serantau apabila berjaya menarik pelaburan terkumpul...

More Articles Like This