Penunggang motosikal ragut beg tangan warga emas diburu

Dari Penulis

POLIS memburu seorang penunggang motosikal yang meragut beg tangan warga emas di Jalan Anggerik, Kampung Manjoi Tambahan, Ipoh, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dalam kejadian pukul 9.39 pagi itu, mangsa seorang wanita Melayu berusia 63 tahun telah diragut dari arah belakang.

“Antara barangan yang dilarikan ialah wang tunai bernilai RM1,500, telefon bimbit dan dokumen peribadi.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Peragut Jalan Kelochor, Kota Bharu sudah ditahan polis

Jelasnya, saksi kejadian iaitu dua pemandu kereta yang dilihat mengejar suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor M. Gopirajan di talian 016-3278390.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

JPA tawar 640 slot penajaan lepasan SPM 2026, calon boleh mula semak mulai hari ini

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan penawaran sebanyak 640 slot penajaan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2026 sebagai...

More Articles Like This