Pemandu lori mati dipukul rakan kerana dendam, cemburu

Dari Penulis

AKIBAT dendam dan cemburu, seorang pemandu lori maut dipukul rakan di kediamannya dekat Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, dalam kejadian pukul 7.15 pagi, pengadu iaitu adik mangsa telah menerima panggilan daripada rakannya mengenai kejadian.

Katanya, teman wanita mangsa mendakwa mangsa telah dipukul oleh lima individu di dalam rumah sewa sebelum dibawa keluar ke satu lokasi yang tidak diketahui.

“Pada pukul 11.30 pagi, rakan pengadu telah menerima panggilan telefon daripada suspek utama mengatakan mangsa berada di Unit Kecemasan Hospital Cyberjaya.

“Pengadu tiba di hospital dan menerima maklumat bahawa abangnya telah mati akibat kecederaan yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Peniaga pukul lelaki selepas buat bising dekat kedai

Jelasnya, mangsa mengalami bengkak dan lebam pada kedua-dua belah mata, luka di hidung dan pendarahan pada telinga.

“Punca kematian disebabkan trauma senjata tumpul,” ujarnya.

Anbalagan berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengesan lima suspek bebas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This