KEUPAYAAN menundukkan ‘iron lady’ Tan Sri Rafidah Aziz pada pemilihan UMNO pada tahun 2009 menjadi penanda aras cukup tinggi bagi membuktikan kredibiliti Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai seorang pemimpin.
Sikap agresif, berketerampilan, berani dan sentiasa pandang ke hadapan dimilikinya menjadi ‘batu geliga’ yang begitu didambakan Wanita UMNO untuk bangkit semula dalam arena politik negara.
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein merasakan, situasi semasa memperlihatkan Puteri UMNO lebih mendahului Wanita UMNO dalam beberapa aspek dan perkara ini tidak sepatutnya wujud.
Katanya, Wanita UMNO membawa tanggungjawab besar membela kaum tersebut bukan sahaja dalam kalangan ahli parti tersebut namun mereka yang berada di luar lingkungan.
Ujarnya, bukan lagi rahsia bahawa Wanita UMNO begitu dahagakan angin perubahan yang hanya mampu diterjemahkan oleh seorang tokoh sudah cukup makan garam seperti Shahrizat.
“Shahrizat ini lebih agresif, keterampilan dia lebih baik, bagi mereka yang berusia 40an dan ke atas pasti mengenali beliau. Kepimpinan beliau orang masih tidak lupa.
Baca artikel lain: Bicara kes saman fitnah Tun M terhadap Ahmad Zahid bermula 11 September
“Ada satu lompang dalam kepimpinan wanita sekarang yang memerlukan seorang tokoh itu membuat ‘comeback’ untuk mengisi kekosongan pemimpinan yang ada sekarang ini.
“Saya fikir tiada calon yang lebih baik untuk mengisi kekosongan itu, wanita berkehendakkan seorang pemimpin macam Shahrizat yang dapat menangani isu-isu lebih besar,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.
Beliau menambah, Shahrizat merupakan individu yang sudah menempa nama bukan sahaja di dalam kerajaan malah UMNO maka kepulangannya umpama sirih pulang ke gagang.
Oleh yang demikian, tegasnya, tidak mustahil sekiranya pihak lawan kini tidak senang duduk dalam usaha untuk mempertahankan jawatan yang disandang.
“Tidak dapat kita nafikan beliau memang seorang yang hebat, beliau sama macam Rafidah Aziz, namanya memang sudah terpahat dalam kepimpinan Wanita UMNO.
“Dalam keadaan sekarang kita memerlukan seorang pemimpin yang robust, yang agresif, yang berketerampilan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

