KERAJAAN Perpaduan mengeaskan mana-mana tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu di pelbagai bidang kuasa adalah tidak mempunyai asas perundangan yang kukuh dan bermerit.
Itu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said selepas mengadakan Sesi Taklimat Mengenai Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu bersama Ahli-ahli Dewan Rakyat sekitar jam 1 petang di Parlimen hari ini .
Azalina berkata, taklimat itu bertujuan memberi latar belakang kepada isu tuntutan Sulu.
Selain itu, ia juga turut menyentuh berkenaan perkembangan berkaitan tindakan undang-undang di empat bidang kuasa iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda serta Pelan Komunikasi Strategik tempatan dan antarabangsa.
Katanya, taklimat itu juga bertujuan mendapatkan pandangan daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat, serta menjawab sebarang persoalan wakil-wakil Kerajaan serta ahli Sekretariat.
“Dalam hal ini, kerajaan ingin memaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Madrid pada 2021 telah membatalkan pelantikan penimbang tara dan kesemua tindakan bersifat prosedur yang dibuat oleh penimbang tara tersebut
“Selain itu, kes ini merupakan kes luar biasa melibatkan aspek kedaulatan negara dan prosiding timbang tara tidak berbangkit.
“Award yang dikeluarkan telah melanggar prinsip polisi awam antarabangsa khususnya melibatkan Malaysia’s diplomatic immunity and jurisdictional immunity (partial award) and sovereignty (purported final award),” katanya.
Baca lagi:Krisis Sulu: Pergolakan politik buka ruang negara ‘diserang’ – Azalina
Mengulas lanjut, Azalina berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan negara.
Tegas beliau, kerajaan juga tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa.
Katanya, kerajaan akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan Sultan Sulu dengan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada.
“Harapan saya adalah untuk mendapat sokongan padu semua Ahli Dewan Rakyat tanpa mengira aliran politik dalam menegakkan kedaulatan negara Malaysia dalam isu tuntutan pihak mendakwa waris kesultanan Sulu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

