Falcao bakal sertai Harimau Selatan?

Dari Penulis

PENYERANG berbisa Colombia, Radamel Falcao dikhabarkan bakal menyertai pasukan Harimau Selatan sebaik sahaja pintu perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka.

Akhbar terkenal Sepanyol, Marca melaporkan Johor Darul Ta’zim (JDT) berminat mendapatkan khidmat penyerang berusia 37 tahun itu.

Menurut laporan Marca, JDT telah menawarkan kontrak selama dua tahun kepada bekas pemain Manchester United dan Chelsea itu beraksi di Liga Malaysia.

JDT juga dikatakan menawarkan kontrak sebagai duta kelab kepada Falcao sebaik sahaja pemain itu bersara nanti.

Penyerang yang mempunyai 102 kaps bersama Colombia itu dikatakan berminat untuk menyertai JDT.

Baca artikel berkaitan: JDT julang Piala Sultan Haji Ahmad Shah, keenam berturut-turut

Bagaimanapun, Harimau Selatan berhadapan saingan sengit daripada Valencia yang turut mahu mendapatkan khidmat Falcao.

Valencia ketika ini berada di kedudukan ke-18 La Liga manakala Rayo Vallecano pula berada di tangga keenam.

Falcao ketika ini bermain di La Liga bersama pasukan Rayo Vallecano sejak tahun 2021 selepas berpindah dari Galatasaray.

Bekas penyerang Atletico Madrid itu hanya menjaringkan dua gol daripada 19 perlawanan dalam musim ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Amanah pertahan Sharon Teo, nafi calon ‘payung terjun’ di Permas

PARTI Amanah Negara (Amanah) mempertahankan pencalonan Sharon Teo sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

More Articles Like This