‘Masih terlalu awal untuk berbicara soal kejuaraan’ – Munoz

Dari Penulis

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menegaskan masih terlalu awal untuk memikirkan tentang kejuaraan Liga Super musim ini.

Katanya, pencapaian menamatkan pusingan saingan pertama liga dengan 12 kemenangan berturut-turut sememangnya satu petanda positif buat kelab dan pasukan, namun masih banyak perlawanan perlu diharungi.

“Masih terlalu awal untuk berbicara soal kejuaraan. Banyak lagi perlawanan menanti, terutama jadual padat pada Januari dan Februari, malah kami harus sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan tidak boleh terlalu gembira dengan kedudukan sekarang.

“Oleh itu, setiap pemain, sama ada import atau tempatan, perlu meneruskan usaha bagi mengekalkan momentun permainan yang konsisten dan anda lihat sendiri agak sukar untuk tewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) selepas taktik permainan mereka berubah dengan formasi lima atau enam pemain beraksi secara bertahan.

“Memang betul kami beraksi 12 perlawanan dan menang 12 perlawanan, situasi harus dikekalkan dengan meneruskan penambahbaikan setiap posisi dan sentiasa berada dalam pemikiran yang positif tanpa memikirkan apa jua kekurangan yang ada dalam pasukan,” kata seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sejurus tamat aksi Liga Super berdepan Kelantan TRW di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam yang menyaksikan skuad Harimau Selatan itu menang, 4-1 untuk kekal di tangga teratas pada 36 mata.

Munoz turut menekankan kepentingan mengekalkan rekod tanpa bolos dan bermain dengan mentaliti sama sepanjang 90 minit bagi mengelakkan pasukan lawan mendapat peluang mudah.

“Kami mesti menjaringkan lebih banyak gol. Satu, dua, tiga gol dan terus mencuba lagi dan lagi. Pada masa sama, kami tidak boleh memberi peluang mudah kepada lawan, kerana jika mereka dapat menjaringkan gol maka tekanan buat pemain kami,” katanya.

Mengulas mengenai kesilapan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang ‘dibolosi’ satu gol pada perlawanan berkenaan, Xisco menyifatkan ia sebagai kesilapan individu dan boleh dielak jika pemain tidak leka.

“Ini kali kedua Ahmad Syihan lakukan kesilapan, kali pertama ketika menentang Melaka FC dan saya mahu dia lebih bersedia pada aksi akan datang. JDT tidak boleh dibolosi dengan begitu mudah apatah lagi situasi yang sama berlaku,” tambah Munoz.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This