JDT makin mantap, bawa masuk pemain sayap Brazil

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kemasukan pemain sayap baharu dari Brazil, Marcos Guilherme bagi mengharungi baki saingan musim ini.

Perkara itu diumumkan oleh kelab tersebut menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

“Pertengahan musim sudah tiba, begitu juga bekas pemain sayap bawah 20 Brazil, Marcos Guilherme. Kami telah menambah pemain sayap Brazil ke dalam barisan kami! Selamat datang,” katanya.

Baca artikel lain: Mayat mangsa lemas kedua Pantai Sura Tengah ditemukan

Guilherme sebelum ini beraksi di Liga Jepun bersama V-Varen Nagasaki sejak tahun 2023 dengan berjaya menjaringkan 17 gol dalam 79 perlawanan.

Pemain berusia 30 tahun itu kemudian dipinjamkan ke FC Tokyo musim lalu dan membuat 14 penampilan dan satu bantuan gol.

Selain itu, Guilherme juga pernah bermain di beberapa kelab ternama dunia seperti Dinamo Zagreb, Santos dan Sao Paulo.

Guilherme merupakan pemain kedua dibawa masuk JDT selepas seorang lagi pemain sayap kelahiran Brazil, Yago Da Silva.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This