SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Simpang Roban, Saratok, pukul 7.23 malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dan Toyota Hilux serta sebuah Perodua Bezza yang dinaiki mangsa.
Beliau berkata, anggota bomba bertindak membuka pintu penumpang belakang untuk mengeluarkan mangsa.
“Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) melakukan pemasangan kolar serviks dan mengangkat keluar mangsa.
Baca ; Lelaki Bangladesh maut dilanggar lori dekat Batu Arang
“Mangsa yang dikenali sebagai Masiha Epin bagaimanapun disahkan maut di lokasi oleh pasukan perubatan hospital,” katanya memetik laporan Borneo Networks.
Jelasnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut dan enam lagi mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

