TIGA lelaki yang terlibat dalam kejadian samun berparang seorang wanita di Pekan Kapar, Klang pada 16 Februari lalu ditahan polis dalam dua serbuan semalam dan kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, dua lelaki India berusia 46 dan 43 tahun ditahan di Jalan Datuk Dagang Taman Sentosa, Klang pada pukul 8.20 malam kelmarin.
Beliau berkata, hasil siasatan awal ke atas suspek mendapati terdapat seorang lagi rakan sejenayah yang terlibat dalam kegiatan samun tersebut.
“Polis berjaya memberkas suspek berusia 46 tahun itu di Jalan Datuk Yusuf Shahbudin, Taman Sentosa pada pukul 12.05 tengah malam semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, polis turut menjumpai sebilah parang dan sebuah kenderaan jenis Honda City berwarna perak yang digunakan ketika kejadian serta kunci kereta milik mangsa.
“Semakan melalui nombor enjin mendapati kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu dan telah dilaporkan hilang bersabit repot 43083/23,” katanya.
Baca : Polis buru suspek samun berparang di Jalan Mohtar, Kapar
Vijaya berkata, saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis methampehtamine.
“Semakan rekod lampau mendapati suspek pertama mempunyai 14 rekod jenayah dan satu rekod dadah, suspek kedua mempunyai tiga rekod jenayah dan suspek ketiga mempunyai 15 rekod jenayah lampau,” katanya.
Jelasnya, suspek juga dipercayai terlibat dalam kejadian samun tepi jalan dan siri pecah kedai besi buruk sekitar Lembah Klang.
Kesemua suspek direman selama enam hari sehingga Selasa dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

