MESYUARAT Jemaah Menteri hari ini memutuskan tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat bencana di Johor susulan banjir yang melanda negeri itu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah berhubung tindakan segera yang perlu diambil Kerajaan Persekutuan bagi membantu Johor.
Baca artikel lain: JENDELA terpilih antara lima Project Champion untuk WSIS Prizes 2023
“Pada waktu ini, pandangan Jemaah Menteri adalah ke arah apa yang boleh kita (Kerajaan Persekutuan) lakukan segera termasuk meneliti aset-aset kerajaan yang mampu kita gerakkan segera,” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Beliau berkata Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan bantuan segera banjir berjumlah RM50 juta kepada Johor.
Jumlah mangsa di Johor setakat 8 pagi tadi dilaporkan sebanyak 33,149 orang yang dipindahkan ke 217 pusat pemindahan sementara (PPS).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

