Polis siasat video tiga remaja keluar kepala dari ‘sunroof’

Dari Penulis

POLIS telah berjaya mengesan pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kejadian tiga remaja mengeluarkan kepala menerusi bumbung tembus cahaya sebuah kenderaan pelbagai guna, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 10.40 malam di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh.

“Tiga individu yang kelihatan mengeluarkan kepala daripada bumbung tembus cahaya masing-masing berusia 16 dan 13 tahun.

“Ketika kejadian, ibu kepada remaja tersebut turut berada di dalam kenderaan sementara kereta dipandu oleh saudara mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Polis kesan pemilik X70 benarkan budak keluar kepala ikut ‘sunroof’

Yahaya berkata, pihaknya telah menerima laporan polis mengenai kejadian tebabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jelasnya, individu yang merakam video tersebut diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Yap Siew Cheng di talian 012-9093362.

Ibu bapa dinasihatkan untuk tidak membiarkan anak-anak melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan bahaya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This