Tiga chef Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak raih pingat emas dalam Malaysia Culinary World Cup 2023

Dari Penulis

Lima menu enak makanan tradisional Melayu yang dipersembahkan oleh tiga chef hebat Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak (PRPTAR) Melaka iaitu Chef Adeeb Ahmad, Chef Mohd Zaki Mohd Ali dan Chef Mohd Faredh Hazry Shamsudin membawa tuah kepada mereka apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat emas di dalam pertandingan Malaysia Culinary World Cup 2023 bagi kategori Malaysia Home Cuisine Set of 5 (team Challenge) yang diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (PWTC) pada 22-23 Febuari lalu.

Lima menu tersebut ialah Cucur Udang bersama Kuah Kacang, Sup Tulang Berempah, Nasi Serai Bunga Telang, Ikan Talapia Goreng Berlada Dengan Petai, Masak Lemak Sayur Nangka Muda bersama Perut dan Kuih Bongkok.

Lebih manis lagi apabila penyertaan buat pertama kali Nurlisa Aryani Mohd Sabri meraih pingat gangsa bagi kategori Modern Main Course- Lamb. Menu yang dipersembahkan Nurlisa ialah Roasted Lamb Rack with Pitachio Herb Crust serve with rosmary sauce, puri labu dan sayuran yang unik dan enak menarik minat para juri memberikan gangsa kepadanya. Nurlisa merupakan klien PERKESO yang sedang menjalani program rehabilitasi di PRPTAR.

Pertandingan Malaysia Culinary World Cup 22-23 ini dianjurkan oleh Malaysia Bersatu Culinary Association mendapat penyertaan bukan sahaja dari Malaysia tetapi penyertaan dari luar negara seperti dari negara Turkiye, China, Taiwan, India, Pakistan, Indonesia, Brunei, Arab Saudi,Iitali,  Vietnam, Sweden dan bebarapa buah negara lain lagi.

Sebanyak 65 kategori dipertandingkan dan 730 peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada chef hotel, restoran, pelajar kulinari dari universiti awam dan swasta dalam dan luar negara. Untuk pertandingan tersebut  seramai 100 orang juri professional yang tediri daripada chef dan mereka yang pakar dalam bidang masakan dari seluruh dunia telah mengadili setiap peserta yang mengambil  bahagian.

PRPTAR Melaka menyertai dua kategori pertandingan dan kedua-dua  kategori ini berhasil meraih pingat emas dan gangsa. Pertandingan Malayisia Culinary Wold Cup 2023 ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada World Guinness Record sebagai ‘ World Largest Cooking Compettition’.

Kredit : Nur Aishah Ismail dan Facebook Pusat Rehab Perkeso Melaka


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This