Ibnor Riza hidap kanser limfoma, akan mulakan rawatan kimoterapi

Dari Penulis

PENYANYI popular era 80-an, Ibnor Riza, mengesahkan dirinya menghidap kanser limfoma dan bakal menjalani rawatan kimoterapi.

Ibnor, 62, berkongsi mengenai kondisi kesihatannya itu menerusui video yang dimuat naik oleh rakan artis, Datin Salwa Abdul Rahman di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Ibnor yang terkenal dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah, memaklumkan punca lehernya mengalami bengkak sejak beberapa bulan lalu adalah disebabkan kanser limfoma.

“Saya sekarang berada di Hospital Port Dickson dan hari ini adalah hari terakhir saya di sini. Selepas ini, saya akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

“Sebenarnya, saya hidap kanser limfoma dan akan mula menjalani rawatan kimoterapi.

“Saya mohon doa kawan-kawan semoga rawatan ini berjaya. Terima kasih. Assalamulaikum,” katanya yang sebak.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan selepas pengsan di kediamannya.

Sebelum ini, Ibnor dilaporkan mengalami kompilasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, paras kolesterol tinggi, darah tinggi dan migrain yang teruk.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This