Polis siasat filem ‘Mentega Terbang’

Dari Penulis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lapan laporan di seluruh negara dengan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung filem ‘Mentega Terbang’.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komumikasi dan Multimedia Malaysia 1998. 

“Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Baca : Filem Mentega Terbang bertentangan dengan akidah Islam, pihak bertanggungjawab akan dipanggil

Filem ‘Mentega Terbang’ yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital dibantah umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.

— BERNAMA

Monday , 06 March 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This