KDN lulus usul UMNO tidak pertandingkan dua jawatan tertinggi – Saifuddin

Dari Penulis

KEMENTERIAN Dalam Negeri memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya telah merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO mengenai usul tambahan tersebut dan memberi pengecualian berdasarkan Seksyen 70 Akta 832.

“Kementerian telah meneliti mengenai ketetapan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung UMNO 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO pada 3 Mac 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Masalah capaian internet dijangka selesai menjelang Jun ini – Fahmi

Usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan UMNO tahun ini diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 14 Jan lepas.

Ahad lepas, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengesahkan usul berkenaan membuktikan keabsahan keputusan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 seterusnya menamatkan polemik mengenainya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This