Masalah capaian internet dijangka selesai menjelang Jun ini – Fahmi

Dari Penulis

MASALAH capaian Internet dalam Malaysia terutama di kawasan luar bandar akan diselesaikan menjelang Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi bagi mengenal pasti serta mencari penyelesaian sewajarnya.

Katanya masalah itu mampu diselesaikan hampir sepenuhnya jika semua syarikat telekomunikasi dapat bekerjasama seperti berkongsi menara telekomunikasi.

“Apa yang saya tegaskan kepada pihak MCMC ialah kalau boleh menjelang Jun ini, masalah perkongsian rangkaian dan mutu kualiti (capaian Internet) akan diselesaikan.

Baca artikel lain: Isu darurat banjir antara dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini

“Melalui perbincangan saya bersama syarikat telekomunikasi sebelum ini, mereka menyatakan kesediaan untuk bekerjasama, mungkin perlukan sedikit masa antara mereka,” katanya semasa program Townhall Rakyat bersama Fahmi Fadzil anjuran Sinar Harian malam tadi.

Bagaimanapun, Fahmi berkata capaian Internet tidak hanya boleh diukur dengan jumlah menara telekomunikasi di sesuatu tempat sebaliknya perlu dilihat berdasarkan keadaan dan geografi kawasan itu terutama yang melibatkan tiga peratus kawasan berpenduduk yang belum memiliki liputan.

“Oleh itu, kita akan ikhtiarkan akses jalur lebar tanpa wayar yang akan menggunakan teknologi seperti satelit, mungkin kita akan teliti TV Wide Space dan beberapa teknologi lain yang akan membantu menyediakan akses,” katanya.

Beliau juga berkata KKD sedang meneliti keperluan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 supaya seiring dengan perkembangan digital semasa.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This