Tiada keperluan PRK empat DUN Pulau Pinang – SPR

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan luar jangka di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, perkara tersebut kerana DUN Pulau Pinang akan terbubar dalam tempoh kurang daripada dua tahun.

Beliau berkata, kekosongan itu melibatkan empat DUN iaitu Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bertam dan Telok Bahang.

Menurut Ikmalrudin, SPR telah menerima pemakluman daripada Yang di-Pertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang melalui surat bertarikh 6 Mac berhubung status kekosongan luar jangka tersebut.

“Ia selepas usul pengisytiharan kekosongan di bawah Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

“Berdasarkan pemakluman tersebut dan mengambil kira proviso di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, tiada keperluan untuk SPR mengadakan pilihan raya bagi mengisi kekosongan luar jangka memandangkan DUN Pulau Pinang akan terbubar dalam tempoh kurang dari dua tahun,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Empat ADUN Bersatu Pulau Pinang tidak lompat parti – Wan Saiful

Sidang DUN Pulau Pinang semalam telah membahas dan meluluskan usul bagi mengisytiharkan pengosongan empat kerusi ADUN.

Empat ADUN terlibat terdiri daripada ahli Bersatu iaitu Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang) turut diarah keluar meninggalkan sidang DUN tengah hari tadi selepas usul itu diluluskan.

Mesyuarat Ketiga Penggal kelima DUN Pulau Pinang Ke-14 hari ini menyaksikan Speaker, Datuk Law Choo Kiang membenarkan usul itu dicadang dan dibahaskan terlebih dahulu, selepas mengambil kira kepentingannya yang berkaitan dengan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta berikutan keputusan mahkamah berkenaan enakmen anti lompat parti, 2 Mac lepas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This