Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa orang ramai untuk menghormati privasinya berikutan tersebarnya klip video yang memaparkan seorang lelaki seakan Musa berbalah dengan seorang wanita di hadapan seorang kanak-kanak.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur.

“Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” kata Musa pada ciapannya di Twitter.

Musa menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang meminta dia menjelaskan konteks tiga klip video yang dikongsi oleh @makcikbawangmu.

Klip video itu menggambarkan seorang wanita sedang bertelagah dengan seorang lelaki di dalam sebuah rumah.

Pada satu ketika, ketika lelaki yang dikatakan menyerupai Musa cuba bergerak ke arah pintu di rumah itu, wanita berkenaan kedengaran meminta telefon bimbitnya dipulangkan.

Musa ialah ketua polis negara dari 2006 hingga 2010.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram