Tayang vest polis, 3 saman dikeluarkan kepada anggota polis, pemandu

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah mengeluarkan tiga saman terhadap pemandu dan pemilik kereta Proton Saga yang menghalang lalu lintas dengan meletakkan vest polis di papan pemuka kereta.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, saksi kejadian telah tampil ke balai polis bagi membantu siasatan pada hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku di Persiaran Brash, Ipoh pada pukul 6.29 petang, Sabtu lalu.

“Kereta dan vest polis tersebut adalah milik seorang pegawai rendah polis yang bertugas di Batu Gajah, Perak.

“Bagaimanapun, pemandu kereta ketika kejadian merupakan salah seorang ahli keluarga anggota polis terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Polis siasat Proton Saga halang jalan, tayang ‘vest’ polis

Jelasnya, dua saman dikeluarkan kepada pemandu atas kesalahan di bawah Kaedah 16(1), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 [LN 166/59] dan Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen memandu yang sah.

Sementara anggota polis disaman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan seseorang memandu kenderaan tanpa lesen.

Yahaya berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak akan mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis terbabit.

Orang ramai juga dinasihatkan tidak memberikan komen yang tidak bertanggungjawab sehingga mendatangkan kegusaran masyarakat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This