SEORANG kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan selama 25 minit selepas kepalanya tersangkut di jeriji pintu sebuah rumah dekat Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 1.22 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba 25 minit kemudian dan mendapati mangsa Muhamad Haziq Mikail Mohd Hafizi tersangkut pada jeriji pintu utama.
“Anggota bomba bertindak merenggangkan besi jeriji dan melepaskan kepada mangsa dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Mayat budak lemas ditemui tersangkut pada dahan pokok tumbang
Jelasnya, mangsa telah diserahkan kepada ibu dan operasi tamat pada pukul 2.30 petang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

