SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun ditemui mati lemas selepas terjatuh dalam longkang besar ketika bermain bersama seorang rakan dan adiknya petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, mangsa ditemui tersangkut pada dahan pokok tumbang di dalam longkang besar.
“Mangsa ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat dilapor terjatuh pada pukul 7.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, mangsa berjaya dibawa naik sejam kemudian sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian pada pukul 9 malam.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Mangsa sebelum itu dilapor terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyut air deras petang tadi di Taman Pelangi, Rawang.
Kanak-kanak berbangsa Melayu itu, bermain di kawasan kejadian selepas hujan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

