Gaduh di Lebuhraya Seremban-PD, polis panggil pemandu Hilux, BMW

Dari Penulis

POLIS akan memanggil kedua-dua pemandu serta saksi yang terlibat dalam kejadian buli jalan raya yang berlaku di Lebuhraya Seremban-Port Dickson pada 30 Disember lalu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maa’arof berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi rakaman video tular pada pagi tadi.

Beliau berkata, kejadian pada pukul 2 petang itu melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 32 tahun dan sebuah kereta BMW Z4 dipandu lelaki berusia 52 tahun.

“Pertelingkahan berpunca di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau apabila beberapa komponen batang paip telah terjatuh daripada Hilux dan hampir terkena pada BMW ketika berada di lebuhraya terbabit.

“Susulan pertelingkahan, kedua-dua pemandu beredar dari lokasi, tetapi pemandu Hilux kemudian bertindak mengekori dan memberhentikan kenderaan di lorong kanan untuk menahan pemandu BMW,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Samseng Nissan Sentra sudah ditahan polis

Jelasnya, pemandu Hilux bertindak agresif selepas mendapati pemandu BMW merakam dirinya ketika berada di kawasan R&R.

Nanda berkata, kedua-dua pemandu telah terputus haluan ke destinasi selepas kejadian itu dan kes disiasat di bawah Rule 92A LN170/59.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This