Jana Wibawa akan diteruskan bantu Bumiputera – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan akan meneruskan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dalam usaha membantu golongan Bumiputera.

Katanya, Jana Wibawa tidak akan dibatalkan sebaliknya ia melalui proses runding semula berikutan terdapat banyak perlanggaran sebelum ini.

Jelasnya, perlanggaran yang dimaksudkan termasuklah ‘membumiputerakan’ syarikat milik Cina, sedangkan Jana Wibawa sepatutnya dikhususkan kepada Bumiputera sahaja.

“Ada syarikat Cina ‘dibumiputerakan’ sebab kebetulan kawan baik di Johor… itupun nak pertahankan… ini projek Bumiputera tetapi bagi pada Cina… peraturan apa?

“Sedangkan ini projek dikhususkan untuk Bumiputera,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Anwar yakin noktah isu kemiskinan pada tahun ini

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, terpulang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sama ada wujudnya kesalahan Jana Wibawa versi 2.0 di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Dikaitkan Jana Wibawa 1.0 itu Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin), Jana Wibawa 2.0 itu Bera (Ismail Sabri)… saya tidak ambil kisah itu terpulang kepada SPRM nak semak.

“Saya tidak kata harus semak, kalau rasa ada bukti wujudnya Jana Wibawa 2.0 di bawah Bera, siasat… saya tidak suruh,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This