SIASATAN terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan, akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata pihaknya telah menerima laporan terhadap Ahli Parlimen Marang itu, yang dibuat Pemuda Amanah Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.
“Kes berkenaan akan disiasat oleh USJT Bukit Aman,” katanya ringkas dalam sidang media di Ibu IPD Sentul, hari ini ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu berkenaan.
Baca artikel berkaitan: Abdul Hadi dakwa tukar kerajaan perkara biasa dalam politik
Dewan Rakyat kecoh, Rayer minta Abdul Hadi disiasat
Laporan polis itu dibuat Exco Pemuda Amanah Nasional Fadhli Umar Aminol Huda dan Ketua AMK Selangor Izuan Kasim, berhubung kenyataan Abdul Hadi yang mengakui terdapat usaha dijalankan PN dan parti blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Hadi pada Isnin ketika ditemu bual media di Parlimen berkata tiada sesiapa pun boleh menghalang usaha PN tersebut berdasarkan sistem demokrasi diamalkan Malaysia dan ia boleh dilakukan sama ada melalui undi tidak percaya ataupun Surat Akuan Berkanun (SD).
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

