Pemuda maut langgar lembu dekat Jalan Lapangan Terbang Subang

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal maut selepas merempuh seekor lembu dekat Jalan Lapangan Terbang Subang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 4.14 pagi.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa seorang lelaki Melayu berusia 21 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Y15 telah melanggar seekor lembu yang berada di atas jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Wanita cedera parah selepas kerbau melambung atas kereta

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohamad Fakhrudin berkata, saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This