Bau busuk bongkar penemuan mayat pemuda mati tergantung dalam bilik air

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditemui mati tergantung di dalam bilik air sebuah flat Sri Pulai, Jalan Balakong, Seri Kembangan, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 4.50 petang.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pengadu melaporkan terdapat bau busuk dari dalam rumah dan pintu dalam keadaan terkunci.

“Bomba bertindak membuka pintu dengan menggunakan peralatan khas dan mendapati mangsa berusia 21 tahun dalam keadaan tergantung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Warga emas ditemui mati tergantung di siling rumah

Jelasnya, mangsa dipercayai tinggal sendirian di rumah sewa tersebut dan kes diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This