PRN: PAS yakin sapu bersih 32 DUN Terengganu, tawan semua 10 kerusi UMNO

Dari Penulis

PAS yakin dapat menawan 10 kerusi milik UMNO sekali gus menyapu bersih 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang, berkata keyakinan itu berdasarkan perkembangan semasa berlaku di negeri tersebut.

Katanya, PAS berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 22 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, dan akan berusaha mengekalkan kedudukan itu pada PRN nanti.

“Kita sudah ada 22 kerusi dan sedang berusaha tawan 10 lagi kerusi berbaki,” katanya menurut Sinar Harian.

Pada PRU-14, UMNO tumbang di Terengganu apabila hanya menang 10 kerusi DUN iaitu Hulu Besut, Jertih, Kuala Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemong, Bukit Besi dan Kijal.

BERITA BERKAITAN PAS sapu bersih semua kerusi Parlimen ditandinginya di Terengganu

Mengenai agihan kerusi antara parti dalam PN, Husain berkata, perkara itu belum diputuskan dan masih dalam proses rundingan di peringkat tertinggi.

“Rundingan agihan kerusi dibuat di peringkat tertinggi, ia akan diputuskan oleh pusat,” katanya.

Enam negeri perlu mengadakan PRN tahun ini adalah Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This